Sunday 7 June 2020

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

CORONA VIRUS - COVID19

Bermula dengan penyebaran virus covid-19 yg berpunca dari Wuhan, China. Satu dunia terkesan dengannya.Dari situ la bermulanya PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN, dimana ia adalah salah 1 perkara yg boleh membantu dalam menangani penyebaran virus berkenaan dari terus menular dan menyerang manusia.
 
Simpan sini sebagai kenangan,
 
FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020
FASA 2: 01 APR - 14 APR 2020
FASA 3: 15 APR - 28 APR 2020
FASA 4: 29 APR - 12 MEI 2020
FASA 5: 13 MEI - 09 JUN 2020 (PKPB)
FASA 6: 09 JUN - 31 MEI 2020 (PKPP)
 
Perintah Kawalan Pergerakan seluruh πŸ‡²πŸ‡Ύ 

πŸ“ŒTiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP
πŸ“ŒPKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid.
πŸ“ŒTiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya.
πŸ“ŒTiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.
πŸ“ŒTiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun.
πŸ“ Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter
πŸ“Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
πŸ“Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what'sapp.
πŸ“Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada.
πŸ“Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai.
πŸ“ Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum.
πŸ“Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
πŸ“Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
πŸ“Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah.
πŸ“ Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur.
πŸ“Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn nikah online.
πŸ“Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup.
πŸ“Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.
πŸ“Taman permainan kanak-kanak ditutup.
πŸ“Kekurangan stok penutup muka, gaun,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
πŸ“Kekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.
πŸ“Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
πŸ“Rak-rak di kedai menjadi kosong.
πŸ“Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
πŸ“Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
πŸ“Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
πŸ“Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
πŸ“Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.
πŸ“ Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm.
πŸ“Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
πŸ“ Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
πŸ“Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
πŸ“ "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"
 
Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭
 
Kita semua adalah satu ! ❤️πŸ‡²πŸ‡Ύ❤️πŸ‡²πŸ‡Ύ❤️
CNP...akan jd kenangan abadi selamanya.

No comments: