Sebelum ni aku duk kecoh pasal di usia se MUDA ini..hehehhehe....selak rambut jer uban selak jer uban mau 10 urat uban aku jumpa shari n kemaruk duk selak2 selama seminggu...Pastu stress sorang2 membebel kt husband..pakcik tuh dh bosan terus sound jgn duk cari la uban tu makin di cari makin dia tumbuh....Baik bosss....n pas tu mmg xder sesi belai2 rambut depan cermin dah...sikat zass...zasss...dahhh..
Duk google2 sana sini maka terjumpa la petua ini..so meh ler kita pakat baca n perkara no1 kt cni adalah...marilah kita kurangkn TEKANAN.....
1. Mencegah
Tekanan - Tekanan yang sering dialami remaja pada zaman moden kini
adalah salah satu penyebab munculnya uban kerana tekanan daripada
pelajaran di sekolah atau di kolej. Dibebani dengan masalah-masalah
tidak dapat menyiapkan bebanan tugasan kolej. Stres adalah faktor
penyebab timbulnya penuaan pada rambut. Remaja perlu lebih santai dalam
mengatasi dengan itu dapat mencegah uban daripada terus timbul sebelum
waktunya.
2. Menjaga Kebersihan Kulit Kepala - Menggunakan syampu
yang sesuai untuk rambut agar kulit kepala dan rambut lebih sihat.
Penggunaan syampu anti penuaan dan lim
au purut mampu mengatasi masalah rambut beruban.
3. Pemakanan Yang Sihat - Malnutrisi adalah salah satu penyebab
timbulnya uban atau penuaan pada rambut. Diet secara berlebihan
mengakibatkan kurangnya kandungan gizi yang diperlukan dalam badan dan
ini menyebabkan tumbuhnya uban pada rambut. Cuba aturkan pola pemakanan
yang baik dan seimbang supaya dapat mencegah masalah rambut beruban ini
dengan cepat.
4. Keperluan Zat Besi - Tubuh badan manusia
memerlukan zat besi yang tinggi dan apabila kurangnya zat besi akan
munculnya uban pada rambut. Zat besi membantu memberikan zat warna pada
rambut lalu rambut akan tumbuh dengan subur dan kehitaman. Makanan yang
seperti sayur bayam dan buah lemon membantu anda mendapatkan kandungan
zat besi yang tinggi dalam badan.
5. Rawatan Teratur - Usap
campuran labu dan minyak kelapa pada rambut sekurang-kurangnya lebih
satu jam pada rambut, kemudian bilas. Lakukan secara teratur agar dapat
mencegah terjadinya tumbuh uban pada rambut anda.
6. Penggunaan
Daun Kari - Orang India menggunakan daun kari untuk menjaga keindahan
rambut mereka. Sebab itu bila kita lihat rambut masyarakat India tumbuh
dengan sihat dan hitam bersinar. Gosokkan rambut dengan beberapa helaian
daun kari dan campurkan sedikit dengan air suam, dan sapukan daun itu
ke rambut anda.